Saturday, October 25, 2008

titipan hati

Inilah coretan pertama ku untuk tatapan semua….

Disebalik tirai kehidupan pasti ada sesuatu yang kita tidak sangkakan yang ianya akan berlaku. Kesibukan manusia mengejar kehidupan dunia ramai yang masih alpa dan leka dengan kehidupan akhirat yang kekal abadi. Tidakkah kita sedar bahawa dunia ini hanya sementara dan dunia ini bergegar dan goyah tetapi bukan dengan keamanan, kejayaan, kebaikan tetapi dunia kini goyah dengan pelbagai krisis politik, kemaksiatan, jenayah yang tidak terkira lagi banyaknya.

Sewaktu ku memikirkan dan bertanya pada diriku, “Adakah kehidupan manusia hanya mengejar kehidupan di dunia dan berakhir dengan kematian?”…Tetapi ku sedar, sesungguhnya manusia ini bukan hanya untuk tujuan itu bahkan ada yang lebih penting lagi.


Firman Allah:

Ingatlah ketika robmu berfirman kepada para malaikat;Sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi ini..Mereka berkata;Mengapa engkau hendak menjadikan khalifah itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah padahal, kami sentiasa memuji engkau dan mensucikan engkau ? ..Allah berfirman , “Sesungguhnya aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”….(Al-Baqarah : 30)


Indahnya dunia jika kita benar-benar melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang khalifah di muka bumi ini…dan aku juga ingin melakukannya dan merasainya…

Jiwaku berbicara kepada ku, “Janganlah engkau mengukur waktu dengan mengatakan masa lalu telah sirna , dan esok hari akan tiba”…Lalu aku tenggelam dalam khayalan , menghayalkan bahawa masa lalu sebagai sebuah sejarah yang tidak akan pernah terulang kembali, dan masa depan seolah berubah menjadi sesuatu yang mustahil bisa diraih…Sekarang aku tidak lagi belayar dengan kapal-kapal mimpi dan kejayaan bukannya hanya satu khayalan…

“Bila engkau ingin menjadi manusia yang berguna jangan tulikan telinga dengarlah nasihat yang keluar dalam dirimu sendiri. Yakinlah engkau akan berguna pada nusa dan bangsamu………

Hidup ini umpama belayar di tengah-tengah lautan yang luas tanpa penghujungnya. Pelbagai halangan dan rintangan yang harus ditempuh. Untuk terus hidup harus berani dan kuat dalam menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran yang datang. Jika kita lemah dalam melayarinya hanyutlah kita dalam gelombang ombak yang besar. Tetapi jika kekuatan diri dan yakin dengan pertolongan yang maha kuasa kita akan mampu melabuhkan pelayaran di pesisir pantai dengan kesudahanya iaitu sebuah kejayaan. Ya Allah, semoga engkau sentiasa memberi kekuatan dan kemenangan kepada hambamu yang beriman dan yang berada di jalan mu yang lurus…..


Firman Allah:

Barangsiapa yang mengkehendaki keuntungan di akhirat akan kami tambahkan keuntungan itu baginya dan barangsiapa yang mengkehendaki keuntungan dunia kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di akhirat.(As-syuura : 20)


Renung-renungkanlah……agar kita semua bisa merenung sejenak di tengah-tengah hari yang penuh dusta dan petikaian yang tiada habisnya....